Lawatan Ke FRIM Sempena Program Kibarkan Jalur Gemilang
3 September 2017 | Aktiviti TerkiniSempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, PI Pasoh 2 berkesempatan mengadakan aktiviti bersama-sama adik-adik sekolah menengah ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Pasoh. Program bermula pada jam 10.00 pagi, di mana semua peseta perlu berkumpul di PI Pasoh 2 untuk sesi taklimat dan sesi advokasi sebelum bertolak ke FRIM. Setelah selesai sesi advokasi, semua peserta bergerak ke FRIM Pasoh.
Untuk makluman semua, FRIM mempunyai menara setinggi 50 meter dan terdapat canopy walk, di menara tersebut peserta dapat melihat keluasan FRIM dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam kawasan FRIM. Setelah peserta Berjaya naik ke menara FRIM, mereka perlu menyibarkan jalur gemilang di atas menara.
Dikesempatan ini, PI Pasoh 2 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurus FRIM, Encik Ahmad bin Awang dan semua kakitangan FRIM yang sudi menerima kunjungan PI Pasoh 2. Di samping itu, PI ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: